SESI AUDIT DALAM EKSA MSWPKL BIL. 1 TAHUN 2017

SESI AUDIT DALAM EKSA MSWPKL BIL. 1 TAHUN 2017

Sesi Audit Dalam EKSA MSWPKL telah dijalankan mulai 16 sehingga 19 Januari 2017. Sesi Audit Dalam ini telah diketuai oleh Puan Rafidah binti Abdul Razak selaku Ketua Audit EKSA MSWPKL dengan dibantu oleh 9 orang Ahli Jawatankuasa Audit EKSA MSWPKL. Lokasi yang diaudit adalah meliputi keseluruhan bangunan MSWPKL dan persekitarannya dengan pengecualian kepada lokasi-lokasi tertentu yang telah ditetapkan dalam pelan lantai bangunan dan zon.

Kriteria auditan adalah berpandukan komponen generik dan khusus serta Laporan Pra Audit Dalam EKSA yang telah dikendalikan oleh Fasilitator EKSA MSWPKL iaitu Puan Kamaliah binti Haji Kassim daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 3 Ogos 2016 dan 15 Ogos 2016.

Sesi Audit Dalam ini telah berjaya dilaksanakan oleh semua Ahli Jawatankuasa Audit EKSA MSWPKL . Laporan Audit Dalam EKSA MSWPKL Bil. 1 Tahun 2017 telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk EKSA MSWPKL pada 28 Februari 2017 di BIlik Mesyuarat Utama, Aras 5, MSWPKL.

Comments

Popular posts from this blog

SESI AUDIT DALAM EKSA MSWPKL BIL. 1 TAHUN 2018