MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT BIL 1 TAHUN 2018

MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT EKSA MSWPKL 
BIL. 1 TAHUN 2018

 Mesyuarat Jawatankuasa Audit EKSA MSWPKL Bil. 1 Tahun 2018 telah diadakan pada 25 hb. Julai 2018, hari Rabu, jam 2.30 petang bertempat di Bilik Inovasi, Aras 1, Seksyen Pengurusan Kes, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mesyuarat telah dihadiri oleh 8 orang Juruaudit Dalam dan dipengerusikan oleh Puan Rafidah Binti Abdul Razak, Ketua Juruaudit Dalam, Jawatankuasa Audit Audit EKSA MSWPKL.

Antara agenda mesyuarat yang dibincangkan adalah berkenaan pembahagian tugas bagi setiap orang Juruaudit Dalam bagi menjalankan sesi Audit Dalam EKSA MSWPKL yang telah dijadualkan pada 30 hb. Julai 2018 (Isnin) hingga 2 hb. Ogos 2018 (Khamis). Selain itu, mesyuarat juga membincangkan berkenaan kriteria-kriteria audit yang perlu ditekankan dan diberi perhatian oleh semua Juruaudit Dalam pada sesi audit berkenaan.

Pengerusi mesyuarat mengharapkan semua Juruaudit menjalankan sesi audit dengan penuh jujur dan amanah dalam menilai kriteria-kriteria audit semasa sesi audit dijalankan. 

Disediakan oleh:

Mohd Azizi Bin Adumi
Setiausaha 
Jawatankuasa Audit EKSA
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur


Comments

Popular posts from this blog

SESI AUDIT DALAM EKSA MSWPKL BIL. 1 TAHUN 2018